Sunday, October 24, 2010

nasihat sesame kite..

.....tegur menegur adalah sesuatu yg baik ble kite edop dlm masyarakat..yg slh kte same2 perbetulkan..yg betul kite kte jd kan nye lbih baik lg..namun adakah betul cara kita utk menegur org.kdg2 ade yg niat nk tegur tuh sbb jelez or ape2 sbb yg ade kepentingan diri sendiri..itu adalah satu sikap yg mesti di jauhi..penyakit yg bebahaya dalam mengekalkan masyarakat yang harmoni..tegor mesti larh dgn cara yg berhemah..bkn nada utk bergaduh..
kdg2 niat pon slh..tuh yg patah blik kat dri sendiri..last2 yg tegur kte dlu wat bnde same iaitu bnde salah yg kte wat tuh..kdg2 x siasat pon bnde tuh..da tegur then marah2...pastuh skng die pulak.hurmm bnde da pnh jd pada sy sendiri..so arap x jd pd org lain..huh..  ini mugkin leyh d jadikan panduan ketika menegur atau menasihati org lain..

KETIKA DALAM MEMBERI NASIHAT

Berkaitan dengan cara menasihati orang yang melakukan kesalahan, perlu diperhatikan beberapa perkara:

1. Hendaknya nasihat tersebut dilakukan dengan penuh keramahan dan lemah lembut disertai keinginan yang kuat untuk menyelamatkan orang yang salah tersebut dari kesalahannya apabila kesalahannya tersebut memang terbukti.

2. Apabila berita yang didengar tentang saudaranya masih samar, maka hendaknya dia mengemukakan prasangka baik sebagaimana yang diucapkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Khattab berkata:

"
Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaklah engkau selalu membawa perkataan saudaramu tersebut kepada persangkaan yang baik."

3. Apabila seseorang telah menasihati saudaranya, maka bererti ia telah menunaikan kewajiban dirinya. Maka hendaknya ia tidak mengikuti gerak-geri orang yang dinasihati serta tidak menceritakannya, apalagi memburuk-burukannya di depan orang lain. Sebaliknya, selayaknya dia menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat, baik bagi dirinya mahupun bagi orang lain.

4. Apabila dikatakan kepada seseorang tentang kesalahan yang dilakukannya, maka ini adalah perkara yang baik. Berkata sebahagian Ulama’ pada saudaranya: "Janganlah kamu menasihatiku hingga kamu mengatakan apa yang tidak aku suka dihadapanku". Apabila seseorang memberitahukan kepada saudaranya tentang kesalahan yang ia lakukan maka itu adalah suatu kebaikan. Dan bagi orang yang memiliki kesalahan (aib) hendaklah ia diberi kesempatan untuk memberi alasan jika ia mempunyai alasan. Sebaliknya jika si pemberi nasihat memberitahukan (aib) dengan cara memburuk-burukkan orang tersebut maka ia adalah orang yang buruk akhlaknya dan tercela.

5. Rasulullah SAW melarang memburuk-burukkan dan mencela orang yang melakukan dosa tapi telah bertaubat. Seperti Nabi Muhammad SAW melarang mencela wanita yang berzina akan tetapi telah taubat dengan menjalani hukuman.

Berkata Al-Fudhail:
"Seorang mukmin menutupi aib dan menasihati, sedangkan seorang yang keji membukanya dan memburuk-burukkan." Yang disebutkan oleh Al-Fudhail adalah salah satu tanda-tanda menasihati adalah diiringi dengan menutupi aib/kesalahan orang yang dinasihati. Sedangkan mencela atau memburuk-burukkan diiringi dengan menceritakannya di depan orang lain".

6. Adapun orang menyebarkan aib, maka ini termasuk yang diharamkan oleh Allah, kerana kecintaannya untuk menyakiti saudaranya sesama mukmin dan menimpakan merbahaya kepadanya. Ini adalah sifat Iblis laknatullah yang dihiasi dengan kekufuran, kefasikan dan maksiat agar anak cucu Adam menjadi penghuni neraka.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersebut tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( An-Nur: 9)



semoga sy sendri dapat mengamalkannya..... wassalam..